Thursday, April 24, 2014

Jahmiyyah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI (Khamis, 24 Jdl. Akhir 1435H)
Mengenali Fahaman Jahmiyyah

Pernahkah kita mendengar orang yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak ada di mana-mana atau ada di mana-mana, mengingkari bahawa Allah di atas Arsy, menolak semua sifat Allah, mengingkari takdir, Al-Qur’an adalah mahluk dan sebagainya lagi. Ketahuilah, itu adalah sisa-sisa kesesatan dari fahaman Jahmiyyah. Ramai yang tidak sedar bahawa dirinya mungkin kena virus fahaman Jahmiyah ini.

PENCERAHAN :
Imam Abu Uthman bin Sa’id Ad-Darimi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, Adz-Dzahabi pun tidak lepas dari tuduhan musyabbihah (menyerupakan Allah dengan makhluk) / mujassimah oleh Jahmiyah. Bahkan imam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang empat pun tidak terlepas dari tuduhan tersebut. Abu Hatim Ar-Razi mengatakan ; “Dan tanda Jahmiyyah adalah menggelar Ahli Sunnah dengan musyabbihah." (Syarah Ushul I’tiqad Ahli Sunnah wal Jama’ah, 1/204)

Jahm bin Shafwan dianggap penyebar kesesatan ini dengan menghimpun tiga kebid'ahan yang sangat buruk dan berbahaya di samping beberapa bid’ah yang lain;
1) Bid’ah Ya’thil iaitu penolakan semua sifat-sifat Allah dan bahawa Allah tidak boleh disifatkan dengan sifat apa pun, kerana pemberian sifat tertentu seperti penyerupaan dengan makhluk-Nya.
2) Bid’ah Jabr (Jabariah) iaitu pernyataan bahawa menusia tidak mempunyai kemampuan dan daya upaya sama sekali bahkan semua kehendaknya muncul dalam keadaan dipaksa oleh kehendak Allah semata-mata.
3) Bid’ah Irja’ bahawa iman cukup hanya dengan ma’rifat, barang siapa yang ingkar di lisan maka hal tersebut tidak menjadikan seseorang itu kafir sebab ilmu dan ma’rifat tidak akan lenyap kerana keingkaran seseorang. Iman dan kufur hanya dalam hati tidak dalam perbuatan.

Asy-Syaikh Abdul Qader Al-Jilaani rahimahullah dalam menjelaskan tentang kesesatan Jahmiyah antaranya;
1. Al-Qur’an adalah makhluk.
2. Allah ta’ala tidak pernah berfirman (bersifat Kalam)
3. Allah tidak mempunyai tempat tertentu.
4. Mengingkari azab kubur.
5. Penduduk syurga tidak akan melihat Allah.

Ulama Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah bersependapat Jahmiyah sesat, bahkan ada yang mengkafirkannya. Malah ramai ulama dari dulu hingga sekarang yang membuat bantahan terhadap Jahmiyyah. Diantaranya kitab “Ar-Radd ‘ala Jahmiyyah” (Bantahan Terhadap Jahmiyyah) seperti yang ditulis oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Uthman bin Sa’id Ad-Darimi, Ibnu Mandah, Ibnu Baththah dan lain-lain. Antara pandangan mereka ialah;

1. Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata: “Pertempuran antara ahli hadis dengan kelompok Jahmiyyah lebih dahsyat daripada pertempuran antara pasukan kafir dengan pasukan Islam."
2. Imam Syafi'e berkata terhadap Hafsh al Fard yang ketika mengatakan bahawa al Qur’an itu makhluk maka Syafi'e berkata, “Engkau telah kafir terhadap Allah."
3. Sufyan As-Tsauri mengatakan, Al-Quran kalamullah, barang siapa mengatakan ia makhluk maka sungguh kafir dan barang siapa ragu akan kekafirannya maka ia kafir (juga).

Berkata Imam al-Barbahari;
“Ketahuilah para ulama Sunnah senantiasa memberi peringatan keras terhadap bahaya Jahmiyyah hingga muncul kelompok Ruwaibidhah (orang yang cetek ilmunya) berbicara mengenal hal agama sehingga mereka dengan beraninya mempersoalkan atsar Nabi dan mengutamakan qiyas dan ra’yu (pandangan) lalu mengkafirkan setiap orang yang dianggap menyelisihi pendapatnya. Wal 'iyazubillah...

KESIMPULAN :
Masalah Jahmiyyah dalam masalah tauhid adalah menolak sifat-sifat Allah. Sedangkan mereka dalam masalah takdir adalah menganut fahaman Jabariah. Jabariah menganggap bahawa manusia adalah makhluk yang terpaksa dan tidak memiliki pilihan dalam mengerjakan kebaikan atau keburukan. Maka berhati-hatilah dan berdoa agar kita selamat dari akidah yang sesat seperti ini.
Wallahu a'lam - Cuit-cuit Ust Kay.

Wednesday, April 23, 2014

Tazkirah 20 Ustaz Kay ( 23/4/2014 ) Adakah Juga Sekadar Fesyen?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI 
(Rabu, 23 Jdl. Akhir 1435H)

Adakah Juga Sekadar Fesyen?

Tajuk kali ini berkaitan pemakaian purdah / niqab / penutup muka dan sebagainya yang kini kian menjadi tarikan terhadap para wanita untuk mengamalkannya. Yang 'mampu' silakan yang tak mahu, memadai bertudung labuh. Alhamdulillah...

PENCERAHAN :
Allah SWT telah berfirman;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Al-Ahzab : 59)

Galakkan berjilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa tafsiran;
1. Makna jilbab itu sendiri di dalam bahasa Arab adalah pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya. (kecuali kedua matanya)

2. Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi SAW serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna’ (pada ayat tersebut يُدْنِينَ ) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu dihulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.

Apabila ditanya ” Kenapa berpurdah?” Pelbagai jawapan yang kadangkala kurang enak di dengar. Antaranya ialah;
1. ”Saya pakai purdah sebab ikut kawan yang pakai"
2. ”Pakai purdah membuatkan saya lebih yakin diri...”
3. ”Nampak cantiklah pakai purdah, sebab tu saya pakai.”
4. ”Benda ni lebih kepada gerak hati kot.”
5. ”Lebih muslimah sikit kalau berpurdah ustaz.”

Mana jawapan "Saya berpurdah kerana Allah Ustaz". Walau apa pun jawapan yang terpacul dari mulut muslimah yang berpurdah ianya tidak menjadi masalah kerana mereka telah pun berjaya mempamerkan perbezaan dari wanita kebanyakkan lainnya. Tahniah !

Perlu diingatkan, memakai purdah bukan sekadar ikut-ikutan, ingin menutup kelemahan diri atau demi panggilan fesyen yang pastinya tidak akan berkesudahan. Maka bagi pemakai purdah yang sebelum ini tersasar jauh dari niat yang ikhlas Lillahi Ta’ala mari betulkan niat semula...

Setelah niat dibetulkan, perlu ada beberapa lagi ciri yang perlu anda penuhi bagi mencapai tingkat sebenar sebagai seorang pemakai purdah, antaranya;
1. Santun dan tegas dalam berbicara.
2. Tidak melirikkan mata dalam apa jua keadaan.
3. Jangan tabarruj dalam menghiasi mata.
4. Kena rasa diri masih banyak kekurangan.
5. Menghindar body language berlebihan.
6. Lebih peramah sesama wanita lain.
7. Hindar sifat merasa diri lebih mulia dari orang lain.
8. Menggelak dari menutur kalam lagha / berjidal.
9. Lebih konsisten dalam berdakwah.
10. Berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslimah.

Apabila anda telah menyarungkan purdah ke muka, maka pikullah amanah ini dengan berhati-hati, agar ianya tidak bertaburan dan keciciran. Semoga ianya tidak menjadi fitnah ke atas Islam itu sendiri.

KESIMPULAN :
Perkongsian ilmu ini moga-moga ianya tidak dianggap satu ancaman oleh seluruh warga muslimah yang berpurdah. Semoga anda yang berpurdah berjaya menyelami hakikat kemanisan iman dan tujuan sebenar
melakukannya, kerana ia memang bukan sekadar fesyen !
Wallahu a'lam - Cuit-cuit Ust Kay.

Tuesday, April 22, 2014

Tazkirah 19 Ustaz Kay ( 22/4/2014 ) 70000 orang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI 
(Selasa, 22 Jdl. Akhir 1435H)

70,000 orang 

Setiap orang pasti ingin menjadi penghuni syurga. Waimma orang yang jahat pun mengharapkan dimasukkan ke dalam syurga Allah dan bukan ke jurang api neraka. Ini kerana syurga adalah tempat yang sangat indah yang tidak pernah kita lihat, tak pernah terlintas di hati dan tak pernah terfikir akan kenikmatan dan kehebatannya. Apatah lagi bila masuk syurga tanpa hisab

Ulama' ada menyatakan, orang akan masuk syurga dengan tiga cara, iaitu ;
1. Masuk syurga tanpa hisab
2. Masuk syurga setelah dihisab
3. Masuk syurga setelah diazab di dalam neraka

PENCERAHAN :
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah;

1. Ahl al-Fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as-Sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah - saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(HR: Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah sama ada pergi atau balik (HR : Jabir)
5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (Hadis Marfu’ daripada Abu Ayyub al-Ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meninggal dalam masa tersebut. (Hadis Marfu’ : Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(HR : A’isyah r.anha)
8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (Hadis Marfu’ drpd ‘Ata’)
9. Hamba yang

Sunday, April 20, 2014

Tazkirah 18 Ustaz Kay ( 20/4/2014 ) Hablullah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI (Ahad, 20 Jdl. Akhir 1435H)
Bersatu kita bersatu,
Dengan Setia Berganding Bahu,
Jiwa Teguh Berpadu,
Kita Rumpun Melayu.

Bersatu kerana bangsa atau kerana agama ? Nabi Muhammad SAW berulang kali menyeru kepada setiap orang yang beriman agar tidak berpecah-belah dan diwajibkan kepada kita agar bersatu kepada 'Tali Allah' kerana bersatu padu merupakan perintahnya-Nya di dalam al-Quran. Allah SWT mewajibkan kepada orang-orang beriman agar sentiasa berjamaah dengan guna kalimah i'tisam (اعتصام). Allah menyeru agar setiap mukmin sentiasa bersatu sebagaimana firman-Nya:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".
(QS. Ali Imran :103)
     
PENCERAHAN :
'Tali Allah' atau hablullah (حبل الله) yang dimaksudkan di sini ialah 'perjanjian Allah' sebagaimana yang terdapat di dalam ayat al-Quran yang mafhumnya;
"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia". (QS. Ali Imran:112)
         
Hablullah (حبل الله) dimaksudkan juga sebagai "Al-Quran". Ia memberi maksud bahawa kekuatan berjamaah tercipta setelah kembali kepada al-Quran, kerana al-Quran memandu ke jalan yang lurus. sebagaimana terdapat dalilnya dari hadis Nabi Muhammad SAW;

اِنَّ هَذَا اَلْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنُ ، مَنْ قَالَ بِهِ صَدَق وَعَمَلَ بِهِ رَشَد ، وَمَنِ اعْتَصَمَ بِهِ هدى اِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.

"Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, sesiapa yang berkata dengannya benar, beramal dengannya mengikut petunjuk dan sesiapa berpegang kepadanya mendapat hidayah ke jalan yang lurus." Jelas di sini, Allah SWT menyeru agar para hamba-Nya yang beriman sentiasa bersatu dengan berpegang teguh kepada 'Tali Allah'. Maka 'Tali Allah' yang dimaksudkan antaranya ialah;

    (1) “Al-Jamaah” iaitu sebagaimana dapat difahami dari penafsiran Abdullah bin Mas'ud bahawa Hablullah ialah al-Jamaah. Menunjukkan bahawa berjamaah itu wajib dan berpecah-belah adalah haram.
    (2) “Islam” iaitu sebagai agama Allah yang mana manusia dipersaudarakan oleh Allah dengan agama ini.
    (3) "Al-Quran" kita diseru agar berpegang kepada al-Quran kerana ia menjadi penunjuk jalan yang lurus, cahaya yang terang dan penyelamat kehidupan di dunia dan di akhirat.
    (4) “Sirat al-Mustaqim” (صراط المستقيم) jalan yang lurus. Manusia akan bersatu jika mengikut satu jalan yang lurus.
    (5) “Ikhlas”, sebagaimana yang dijelaskan oleh Abul 'Aliyah rahimahullah ( بالاخلاص لله وحده ) "Dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah Yang Esa".
    (6) “Perjanjian dan perintah Allah”, sebagaimana dari Qatadah: "Dengan perjanjian dan suruhan-Nya."

Semua pihak perlu kembali semula kepada panduan al-Quran. Tinggalkan maksiat dan kemungkaran, tegakkan keadilan, perjuangkan agama Allah, seru kepada perkara kebaikan dan kehidupan beragama, berlaku baik kepada orang lain serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan iman setiap masa. Itulah ciri-ciri umat terbaik.

Nabi tidak pernah menyeru umat Islam bersatu atas dasar kebangsaan, atas dasar Arab atau Quraisynya baginda, tetapi bersatu atas dasar Islam. Kerana pasti kita tidak akan dapat bersatu atas dasar bangsa yang pelbagai ini, sebaliknya Islamlah yang akan menyatukan kita semua.

KESIMPULAN :
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, persoalan yang membelenggu umat Islam masa kini bukanlah hal remeh-temeh tetapi persoalan utama mereka ialah masih belum dapat menerima syariat Islam sepenuhnya, lemahnya akidah, rosaknya akhlak, terabainya solat, banyaknya rasuah dan maksiat, lemahnya pentadbiran dan pelbagai lagi. Hal ini berpunca daripada mereka tidak mahu menggunakan akal fikiran, hilangnya penghayatan kepada Rukun Iman, Islam dan Rukun Ihsan serta terputusnya 'Tali Allah'
Wallahu a'lam - Cuit-cuit Ust Kay.

Saturday, April 19, 2014

Tazkirah 17 Ustaz Kay ( 19/4/2014 )  Rukun Ihsan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI 
(Sabtu, 19 Jdl. Akhir 1435H)

Rukun Ihsan 

Terdapat tiga perkara yang menjadi asas atau prasyarat dalam bab ihsan. Apabila ketiga-tiga prasyarat tersebut seperti yang akan diterangkan pada tazkirah kali ini dapat dilaksanakan dengan penuh sempurna maka tercapailah maksud ihsan dalam erti kata yang sebenarnya.

PENCERAHAN :
Umum mengetahui Rukun Islam dan Rukun Iman, namun tidak ramai yang mengetahui akan Rukun Ihsan. Kita sudah lali menyebut tentang rukun Islam dan rukun Iman tapi kita lupa tentang Rukun Ihsan yang berperanan meneguhkan Rukun Islam dan Rukun Iman.

Contoh, ramai yang dapat menunaikan ibadat solat (Rukun Islam), percaya adanya hari kiamat (Rukun Iman) tetapi mereka melakukan kerosakan di muka bumi ini dengan hawa nafsu dan tangan-tangan mereka kerana rasa tidak diperhatikan oleh Allah atas setiap perbuatan mereka itu (Rukun Ihsan)

Rukun Ihsan akan mengarahkan hati kita di dalam pengamalan seharian. Kerana pastinya kita perlu menyedari dan mempunyai jawapan kepada dua persoalan teras tentang amalan seharian kita;
1. Kenapa kita perlu beramal ?
2. Kepada siapa kita beramal ?

Selalunya juga kita akan mendengar pernyataan yang berbunyi “Allah tidak melihat kecantikan, ketampanan, harta-benda ataupun pangkat dan darjat manusia tetapi Allah akan melihat apa yang ada di dalam hati manusia." Jadi apakah yang di maksud Rukun Ihsan itu ? Berdasarkan hadis dari Saidina Umar ra seperti yang tersebut di atas, Nabi Muhammad SAW bersabda;

فَأَخْبِرْنِي عن الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ الله كأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ.

"...Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda, Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia tetap melihatmu.” (HR: Muslim)

Allah memerintahkan orang beriman untuk bertaqwa kepada Allah. Dalam Kitab Bidayatul Hidayah, Hujjatul Islam Imam Ghazali rahimallah membahagikan taqwa kepada dua, iaitu;
1. Taqwa Zahir seperti solat, puasa, zakat dan haji.
2. Taqwa Batin seperti ikhlas dan ihsan.

Orang yang melakukan amal Taqwa Zahir tanpa ada Taqwa Batin maka sia-sialah amalannya walaupun dia tetap wajib untuk mengamalkannya. Ini bererti taqwa adalah merupakan Rukun Ihsan yang pertama.

Seterusnya kita membicarakan tentang Rukun Ihsan yang kedua merujuk pada mafhum ayat Al-Quran di bawah ini;
"... Dan 'bertaqwalah' kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mukmin itu harus 'bertawakkal'." (QS. Al Maidah : 11)

Firman Allah ini menjelaskan bahawa sesudah seseorang itu bertaqwa, Allah memerintah melakukan tahap lanjutan Ihsan iaitu tawakal. Perhatikan kalimah 'bertaqwalah' dan bersambung pula dengan kalimah 'bertawakkal'. Jelasnya, bahawa tawakal menjadi Rukun Ihsan yang kedua.

Apakah masih ada Rukun Ihsan selanjutnya ? Iblis memang pernah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan seluruh umat manusia, tetapi Iblis La’natullah sendiri yang menyatakan bahawa ia tidak mampu menyesatkan orang-orang yang "mukhlisina lahuddin." Suatu penjelasan dari Allah SWT bahawa tingkat Mukhlis adalah maqam amal tertinggi di sisi Allah dan ia merupakan Rukun Ihsan yang ketiga.

KESIMPULAN :
Sebagai kesimpulannya bahawa Rukun Ihsan ada tiga perkara, yang pertama taqwa, yang kedua tawa kal dan yang ketiga ikhlas. Mengapa Allah dan Rasul-Nya dalam urusan Ihsan tidak menjelaskan secara terperinci sebagaimana dijelaskannya tentang Rukun Islam dan Rukun Iman, itu ketentuan atau ketetapan Allah yang hanya Dialah sahaja Yang Maha Mengetahui asbabnya.
Wallahu a'lam - Cuit-cuit sikit Ust Kay.